P.E.N.Y.E.R.I D.I.K.A.L.A..S.U.K.A.D.U..K.A.P.A.H.I.T.M.A.S.A.M

sahabat...ya..kawan..teman..firend,.apa2 ja la kan..

di tempat orang..mereka2 inilah orang2 terpenting  selepas family kan.. saat jauh dr keluarga.. merekalah tmepat mengadu..tempat menceritakan masalah..tempat melepaskan rindu..tempat bersuka2....semua2 la kan
hehe..
   dalam ramai2 pasti ada yang nerd,ada yang macam ustzah..ganas..lemah-lembut..garang**mcam aku**.hoho... ada juga yang cepat merajuk **aloloooo...**.haaaaaaa.. bukan aku..tapi adelar jugakk.perempuan kan..emosi tu kadang2 terganggu walaupun hal2 kecik..hehe
 kadang gaduh2  manja..sorang tukang mengusik.sorang tukang tambah..sorang tukang leraikan..macam2 ada karenah..serabut jugak kan.haha.. penat layan masing2. tapi tu la kan penghibur untuk diri... saat rindu di kampung..keluarga yg tak dapat digamabrkan dgn kata2..kehadiran mereka lah mengubat kerinduan tersebut..
   makan sama2..masak2.. jalan2..berbasikal..ronda2.pegi klaz sama2.. mcm2 la sama2

support each other... chan rak ther ........hehe.. mereka2 sebahgian dari org penting hidup..luv u olls..terima kasih tuk segalanya..semoga Allah SWT membalas jasa anda2 smua..^_^




PENGAJARAN
 ** hargailah orang di sekeliling kita**
** banyakkan berbuat kebaikan**
** semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan walau terpaksa melalui omak duri**
     ** saling bertolak ansur.. hormat menghormati..menghormati pandangan orang lain**
   ** jaga perasaan orang lain.kadang2 kita tak perasan kadang2 kata2 kita boleh mengguris perasaan orang lain**
 

leen
SMILE........IT'S SUNNAH

hargailah...lumrah hidup..

assalamualaikum..ni hao ma...
   lama, plak tak mengupdate blog kan..haha..
setelah selesai semua assignment... program2.. rasa hilang sikit tekanan dan beban tu..hehe..
 tapi tak lar beban sangat sampai sakit2 pon.. semua tu pengalaman dan sebgai ilmu tambahan sebagai pelajar.. bak kata sorang pensyarah ni.."join je aktivti2 di universiti dan kolej.. rasai pengalaman menguruskan program2 smua tu..nanti dah habis belaajr ni semua akan jadi kenangan manis..time tu kita akan terfikir owh...rupanya banyak juga program2 aku join dan uruskan.." semua ni berguna apabila untuk praktikum..apabila disuruh untuk mengendalikan sesuatu majlis tak de lar nanti kekok ke ape kan..pengalaman yang dapat masa di universiti boleh diaplikasikan. berbanding ulat buku semata-mata tetapi apabila ingin mempraktikkan secara praktikal mereka tak bole buat..so perlu seimbang untuk akademik dan aktiviti2 luar yg lain.. itu yang aku harapkan untuk sepanjang 4 tahun berada di sini..in sha Allah..
  semoga segala pengalaman pahit manis smua2 yg dihadapi ni akan jadi pengalaman manis bagi aku setelah habis belajar kelak.
  memang dalam mengendalikan sesuatu program..mesti akan berlaku masalah atau kesilapan..tetapi paling dikesalkan ada juga yang tidak memahami susah payah orang yg bertungkus lumus mamstikan sesuatu program itu berjalan lancar..yang mereka tahu mengkritik..mengkritik. yaa kadang2 dalam hidup ni perlu ada orang yang menegur kita supaya kita sedar kesalahan diri tetapi kalau dah melebihi had tu susah jgak.fikirlar perasaan orang lain jgak.sekurang2nya bersyukur sebab apa yang diaorang nak tu orang tersebut dah tolong jalankan..bukan mudah untuk membuat sesuatu program..banyak benda yang perlu dilakukan.mereka tak nampak gerak kerja sebelum program yang membuatkan orang tersebut bersengkang mata dan mebahagikan masa lg untuk assignment n segala bagai.

niat bukanlah untuk minta dipuji apatah lgi di sanjung tapi cukup sekadar memberikan sokongan untuk setiap aktivti atau progran yang dibuat.. mana kata2 dan janji yang dilemparkan dahulu nak join semua2 tu kalau dilaksanakan ... maaflah..semua manusia ada melakukan kesilapan.. khilaf..tapi apabila orang dah tolong kita..mudahkanlah kerja orang.hargai..syukur..berterima kasih..kalau susah dan berat untuk itu..cukuplah sekdar sokongan tu..^_^

air mata ni dah x terkira menangis dan terus menangis..mujurlah ada insan2 yg memahami utk menceriakan aku..ya aku mudah sensitif..walaupun luaran aku nmpak garang.. **x garang mana pon..anak sulung katekan..hehe**. aku juga punya perasaan.. tapi di situlah aku mula mengenali hati manusia..dan diri aku..** hati2 dgn orang begitu**.tak semua orang senang melihat kita di atas..lumrah kehidupan.penuh onak dan duri..

PENGAJARAN
  ** hargailah orang lain**
 ** berikanlah kritikan yg membangun bukn menjatuhkan**
** faham keadaan orang lain**
       ** ilmu untuk dikongsi**
  **hidup ini perlukan orang sekeliling sbg penyokong..sbg pembangkit semangat..FAMILY..FRENZ..


leen
SMILE........IT'S SUNNAH

balik kampung...oooo balik kampung..

bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum..

akan tiba waktu itu..yaaaaaaa..i'm waiting 4 that day...**speaking omputeh la plak kan**..haha.. waiting 4 what..BALIK KAMPUNG la kan..minggu depan kan nak raya haji..but i'm still here...kolej..sudah2 3 malam berturut leen ucap selamt pulang kepada housemate,akak2 senior..dan kawan2 yg balik...bermaafan..berpelukan..lambai2 tangan kat diaorang..waa beznyer..leen tak penah lagi balik ramai2 satu bas senegeri mcam tu.cuma kali ini baru tahu ada bas yang ditempah tuk anak negeri perlis sebab leen dah beli tiket tren tuk hari ahad nanti..huhu..dalam hati ini memang nak sangat balik awal macam kawan2 semua.. tapi semester 1 dulu pernah rasai sendiri balik cuti raya haji naik bas malam raya tu.sampai rumah pagi raya haji tu...dah la sem 1 waktu tu..kali ni sem 3..masih boleh kawal perasaan itu.. syukur sebab dapat balik dan sehari lebih awal sampai rumah nanti.. tapi cuti pon tak lam..sampai isnin pagi..rabu pagi plak dah gerak balik universiti yg tercinta ini..sebab hari khamis ada kelas..balik lewat dari kawan dan balik plg awal dari kawan2..sedih kot.... haha...strong leen strong..haha..i'm okey..i can..i can..macam na la kan kwan2 yang sabah sarawak yang tak balik..apa perasaan diaorang..leen rasa bersyukur sebab at least dapat balik kampung jugak kan.. sebab tu leen kena terima sebab ada lagi insan yang tidak berkesempatan untuk pulang bersama-sama keluarga... masih terfikir2 sempat ke nak buat kuih raya..urm...macam tak je kan..haha.. I will try.. if not..makan je la kan kuih tunjuk...hehe..mudah...
 ha...melayan lagu2 raya walaupun bukan raya aidilfitri kan.nak amik mood..tambah2 lagu balik kampung.. suasana hari raya.. tapi dendang perantau ke..air mata syawal ke..pulanglah ke..huwaaaaaaaaaa....sedih... tuu....sabaq2 leen sabaq.... 
bagi nak kurangkan ingat psai balik kampung..leen akan sibukkan diri dengan menyiapkan esaimen2 yang masih belum disiapkan lagi..hehe..*kononla kan.**..hikhikhik..

klar..masa untuk tido.. tak baik tido lewat2..kesihatan penting..masa muda2 ni la kena jaga kan..**motif sangat kan.** haha..SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..hati2 di jalan raya.ingatlah orang yang tersayang..^_^

smile n smile..
smile it;s sunnah..

SMILE........IT'S SUNNAH

aku juga manusia biasa..tapi kehadiran mereka2 terpilih itu membawa kebahagiaan kepadaku.

bismillahirramanirrahim... assalamualaikum..

ingat sambung entry yang sebbelum ni tapi saat ini jari-jemari ini nak taip tentang hal lain
  kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah..  apabila kita di atas..tak semua orang sukakannya..macam-macam alasan yang dilemparkan.. bukan untuk mempertahankan diri sendiri kerana berada di atas atau sombong..tidak sama sekali.. selama ini kita jaga hati dan perasaan orang lain kerana hidup di tempat orang memerlukan ketabahan dan kecekalan untuk meneruskan perjuangan untuk mencapai cita-cita.. tetapi untuk menggapai cita-cita tersebut pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.. apabila memegang amanah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya..tetapi masih ada kekangan.. saat itu..hanya Allah SWT yang tahu perasaan ini.. saat itu juga..aku terfikir rumah  di kampung adaalh tempat yang terbaik untuk aku hilangkan perasaan yang bercampur itu..MAK ABAH..dua insan yang banyak memberikan sokongan untuk aku pikul amanah yang diberikan.bukan seronok-seronok aku pegang amanah tersebut..aku meminta nasihat dan restu MAK ABAH sebelum menerima amanah itu.aku bertanya..bolehkah aku?? mampukah aku hadapi sebarang kemungkinan??? semasa zaman persekolahan aku pernah menerima halangan dan dugaan seperti ini..alasan mereka <zaman sekolah> asyik muka yang sama naik pentas terima anugerah.. pelik aku..semua orang berhak menerima anugerah tetapi mereka perlu la berusaha kan..aku terima anugerah bukan mudah-mudah..aku juga perlu berusaha untuk mencapai kejayaan seperti hari ini..saat ini..aku perlu bertuungkus-lums untuk mencapai segulung ijazah dan memperoleh pekerjaan yang mampu mengubah nasib keluarga aku,..mungkin orang tengok aku tiada masalah kewangan atau lain2.tapi..aku hanya dari keluarga yang sederhana cukup makan dan minum..bukan "loaded'.tapi perlukah aku beritahu semua orang tentang kisah aku.aku di sini untuk mencapai cita-cita MAK ABAH..
   alhamdulillah..ketika aku perlukan mak abah ..ada kawan2 baik yang memberikan semangat kepada aku.terima kasih untuk insan2 tersebut.. kalau tidak memang aku berputus asa rasanya..saat orang mempertikaikan aku..ada kawan yang tiba-tiba msej..dia cakap tak seronok aku tak satu kelas dengan dia tuk satu subjk yang telah aku ambil dahulu dari dia.dia kata aku ja yang mampu layan dia dengan baik..Ya Allah..saat orang ingin melemahkan semangatku..Kau hadirkan insan yang menghargai aku.. saat hal itu terjadi..air mata ini terus mengalir..sedih..tapi bila msej rakan aku itu..air mata ini menitis..TERHARU..dan DIHARGAI..syukur alhamdulillah Ya Allah..semoga ukhwah ini akan berkekalan sampai akhir hayat..:)

Belajar untuk menghormati jika ingin dihormati 

*kekadang Allah jadikan sesuatu itu berlaku, walaupun pada orang lain, supaya orang sekeliling yang melihat dan memerhati, yang masih hidup hatinya, dapat ambil pengajaran. Jadi, KEEP CALM AND LEARN.

SMILE........IT'S SUNNAH

PenGalaman ItU

bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum...^^

kali ni leen nak cerita tentang kem yang baru leen sertai....kem ni anjuran kolej kediaman yang leen tinggal..Kem Organisasi Za'ba..kem ni gabungan MMK kolej,rakan exco dan penghuni kolej Za'ba la..nak kata excited tu tak la sangat sebab istilah 'kem' tu kan.haha...macam2 terbayang di fikiran.kem tu 4 hari bertempat di Kem Lambaian Danau,Jasin ,Melaka..kitaorang pergi naik bas Universiti la kan..**barular nampak macam pelajar universiti kan** haha..sesekali kan..di sana semua tido dalam khemah**ye la nama pon kem kan** 1 khemah 3 orang jadi selesa la..leen 1 khemah ngan kawan 1 course..** ni haa kat bawah tu ada gambar**
     di sana semua dibahagikan kepada 7 kumpulan.leen kumpulan first la iaitu kumpulan OREN aka SEMUT API..hehe..malam itu kumpulan leen kena jadi sentri..kitaorang lepak kat pondok kecil di situ sambil makan biskut dalam tin tu..sedappp je kan..haha..
 nak crita terperinci panjang sangat kan.leen pon mlas gak la nak taip2 nih.hee..so leen juz bgthu aktiviti kat sana je la ye..
 kat sana kitaorang wat night walk , explorace<bape belas kilometer tah..leen x ingt.> tapi jauh jugak la..,rentas halangan ** kumpulan leen catat masa paling pantas 17 minit asanya..** hoho..bangga skit.. bina rakit dan race rakit **dapat no 6< yang penting kumpulan leen terselamat dari kena jual ke kumpulan lain..haha..> otos <mcam berakit tapi juz guna pelampung tu sahaja secara berkumpulan guna tangan shj.> tapi leen tak join yang ni.nak tahu kenapa tunggu entry lpas ni erk..heee.. water confidence..kayak..<dua2 ni pon leen tak join> tunggu entry lpas ni ye..hehe... perang dalam lumpur..harungi lumpur sambil kena wat mask di muka..haha...terbaikkk la kan..habis baju penuh lumpur..bau pon tak hilang even dah basuh..haha..kasut sukan pon tapak habis keluar...**mentang2 la pt msok awal nak suruh beli baru la tu..hikhik...^^
 tapi memang bez la kem ni walaupun ade aktivti yang leen tak join.sebabnyer..... adelar...tunggu next entry.. haaa dalam perjalanan balik singgah di nilai..*orang perempuan memg tak sahkan lau tak cerita bab shopping kan**..leen dan kawan2 tak beli apa2 pon juz jalan2 jer..masing2 masih kepenatan dan sakit kaki so tak larat nak jalan2 jauh2...hehe..ye la situ banyak jual karpet,barangan perkahwinan..tikar..kain2..
  kem ni membuatkan kitaorang lebih kenal antara satu sama lain.ye la sebelum ni tinggal satu kolej tapi ada yang tak kenal pon..leen jugak belajar kita perlu dengar arahan,patuhi arahan,kerjasama dalam kumpulan,tolong menolong,ambil berat, hormat menghormati, dan banyak lagi.tambah2 bila semua orang kat sana tahu **phobia** leen.masing2 caring sgt....thankkkkkk youuu semua...terharu leen..**walaupun segan sbb byk x join aktiviti.paling kesian kat kump leen tu..maafffff kan leen ye..kak dayah,kak na,,kie,ei,ayu,nisa,zu,kak mas,dan 2 orang lgi ..<leen x ingt nama la plak>huhu..anda semua terbaikk la..terima kasih..^^
                        ni la geng SEMUT API..aka OREN...^^ rindu anda semua..
                         semut api aka oren meredah lumpur...sayang semua...
                       ni exco kebajikan..leen rakan exco jer.dua ditgh tu exco tinggi..^^


kata orang..pengalaman mematangkan kita..in sha Allah..leen akan  cuba yang terbaik dan atasi fobia leen itu..jujur leen cakap semua yang pergi sangat caring,baik,dan give support each other..thank u..kawan2 kak2 n abg senior..zila,gie,sarva,muiz,kak dayah,abg zaff,atie,ei,nisa,kak na,kak nurul,kak fie,kak kila,nat,wani,prema,en andy dan semua la...:D

salam semua..^^
SMILE........IT'S SUNNAH

ahlan wasahlan ya Ramadhan^^


Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum.. ^^

'Hai orang-orang  yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa ~al-Baqarah 183~

marilah kita semua sama-sama meningkatkan amalan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..kejarlah lailatul Qadar semasa ada kesempatan ini kerana malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan..

haaa..antara aktiviti atau pengisian yang bule kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ni ialah

bersahur < bangun la so tak dek la alasan nanti badan tak larat la kan..hehe >
solat sunat tahajjud < sementara nak tunggu sahur tu solat 2 rakaat ni dlu ^^>
khatam Quran
solat sunat dhuha
solat sunat terawih<wat la 8 ke 20 ke tmbah ngan witir sekali tau>
sedekah < walaupun sikit yg pnting ikhlas dr kita kan..senyum pon sedekah kan..> 
iktikaf
hafaz Quran
baca tentang sirah

sebut psal bersahur ni ramai jugak yang susah atau liat nak bangun kan.. ha ce baca kat bwah nih.

Dari Anas radhiAllahu 'anhu bahawa RasulullahsallAllahu'alaihi wasallam bersabda:
'bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu 'anhu bahawa RasulullahsallAllahu'alaihi wasallam bersabda:
'kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah makan sahur (HR Muslim)

oke tu la yang kami nak kongsi sikit di bulan posa nih..semga kita semua dpt mmepertingkatkan amalan dan mmeperbaiki yang mana ada kelemahan dan paling penting amalan kita ini di berkati oleh Allah SWT. 
 in sha Allah..
selamat berpuasa dan selamat bersahur.. bersederhanalah dalam berbuka dan bersahur..jangan membazir juga.ingatlah orang di luar sana yg belum tentu dapat berbuka dengan makanan seperti kita..bersyukurlah dengan apa yg ada..^^ banyakkkan selawat ya kwan2... fi hifzillah..


SMILE........IT'S SUNNAH

..tanda cinta Tuhan pada aq..

bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum.. 

sem depan bermulalah amanah yang telah diberikan kepada leen dan kwan2 yg lain. apabila diletakkan dalam satu jawatan ni leen terkejut..sebab apa...sebab bidang tu bukan bidang yang leen mahir.. leen suka yang macam kebajikan dan lain tapi bukan itu.. tidak.. tapi senior2 cakap tak pe belajar dahulu nanti lama2 akan boleh buat.. oke.. balik ja malam tu leen terus telefon mak..bagitahu tentang tu..mak cakap tak pe..lau tak reti la kena belajar..ilmu baru..kena rajin tanya orang yang sudah berpengalaman..tak smestinya kita nak benda yang kita buleh ja.. apabila kita belajar ilmu baru so kita akan mempunyai banyak kelebihan.. urm..fikir2 balik..betul cakap mak.. in sha Allah..leen akan usaha untuk belajar dan terus belajar bidang itu..mungkin ini adalah tanda cinta Tuhan pada leen..nak tengok leen mampu ke tak mengharungi ujian kecil ini..Ya Allah..bantulah hambaMu ini dan permudahkanlah urusan ku di dunia dan di akhirat.. so... atas sokongan family, senior2 dan kawan2..leen akan buat yang terbaik dan termampu.. untuk berjaya kita kena lalui segala rintangan dan kepahitan sebelum kemanisan itu dapat dirasai..^^   oke..final exam pon tak habis lagi ini..4 paper lagi.. so leen kena semangat...fokus....:D 
  oke2..kali ni sikit ja nak pot pet.. nak buka buku pula bukan muka buku ye..k..daa..assalamualaikum..

 Jadikanlah masalah itu sebagai tanda cinta Tuhan pada kita...bukan sebagai bebanan

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. 
      

smile n smile
smile it's sunnah..:)

SMILE........IT'S SUNNAH

ketaq oii nak exam2...^^

assalamualaikum..
pa habaq smua..** cakap utara plak aih** hoho..

skang dah masuk minggu 14 kuliah..opsss..kuliah msih ade lagi..ini  bermaknaaaaaa....final exam tak lama dah..huwaaa...3 Jun..waiting... macam na ngan preparation..leen masih terumbang-ambing nih..hehe..**cari buku sat**.. leen lebih tumpukan pada subjek yang memerlukan pengiraan..formula segala bagai tu kan..adoii..isu-isu semasa..haa..masih ada satu lagi pembentangan kumpulan yang belum dibentangkan..in sha Allah harap minggu ini dapat bentang...^^
  sem ni leen banyak kena giliran pembentangan kumpulan akhir sekali..hehe..sem lepas kena awai-awai..first plak tu..hikhik...but this is normal la kan..uni life..minggu2 ni lah bagi pelajar2 uni nak tau markah coursework masing-masing..kan2..sama la kita...adoii..ketaq jugak bila nak check tu ..alhamdulillah markah x mengecewakan.. mana yang rasa x puas hati ka..t final pakat pulun habis-habisan tau..jom pi study..wat group discussion pon bagus..lebih cepat faham dan saling membantu antara kawan-kawan..
 okelar..x larat nak pot pet dah.ngantok..ingat nak berleter kat sini banyak sikit tapi mata pon nak layu dah ni..babai...nyte..selamat bersahur..^^

smile n smile
smile it's sunnah

leen



 

SMILE........IT'S SUNNAH

insan penting..GURU^^

assalamualaikum

ha kali ni leen nak pot pet psai hari guru..^^
ye la kan .ni kan dah masuk 16 mei..tarikh ni penting bg semua guru2..bakal2 cikgu ..**mcm leen*hehe..in sha Allah..lau ade rezki..doa2kan ye..^^
  tadi buka fb penuh ngan ucapan hari guru..leen pon apalagi post jugak la.hehe..

  tanpa guru..
   tiada pelajar berilmu
   tidak mengenal angka
   tidak mengenal aksara
   tidak mengerti apa-apa

betul tu..pengorbanan guru tiada tandingannya..guru umpama ibu bapa kedua.sifat mereka yang prihatin,mengajar tanpa erti jemu dan bersabar dengan karenah para pelajar membuatkan diri ini terharu.. kalau tidak semangat dan dorongan yang diberikan cikgu2 leen tak kan sampai ke tahap ini..saat leen putus asa sebab kegagalan mencapai result yang diinginkan dalam spm..mak ngan abah memberikan semangat..cikgu2 jugak tidak putus2 memberikan kata2 semangat dan motivasi supaya leen bangkit semula..alhamdulillah..berkat doa dan dorongan insan2 penting ini leen msok f6 dan hinggalah ke universiti sekarang..koz leen kat universiti pon ke arah perguruan..sampai sekarang cikgu2 pon sering bertanya khabar dan keadaan leen kat sini..tadi pon cikgu pengajian am iaitu subjek yang leen paling minat masa form 6 ucap selamat hari guru kat leen.terharu rasanya..walaupun ade 6 sem lagi yang perlu dihabiskan apatah lagi gelaran 'cikgu' itu sendiri..yang leen rasakan sukar untuk digapai..bukan ape persaingan yang cukup sengit dalam bidang ini..tapi cikgu leen bagi kata2 semangat..dia yakin leen bule jadi seorang cikgu.yg penting leen kena berusaha dengan pelbagai ilmu supaya nanti apabila mengajar pelajar2 akan seronok untuk belajar dengan kita..in sha Allah..leen akan ingt pesan cikgu tu..^^
   seorang cikgu tanggungjawabnya besar..mendidik anak bangsa supaya dapat meminpin negara suatu hari nanti..pengorbanan dan penat lelah insan yang bergelar guru ini amat besar..kejayaan pelajar2 lah memberikan kebahagiaan kepada guru2..alangkah sedihnya dan kecewanya guru2 apabila ada anak2 murid yang tidak mengamalkan ilmu yang diberi untuk menjadi seorang insan yang berjaya..ingatlah..ilmu2 yang diberi itu bukanlah senang untuk kita dapat.so hargailah guru2..keberkatan ilmu diperolehi daripada redha guru..janganlah kita menggoreskan hati guru..eh2..panjang lak leen pot pet ye.lau nk tlis ttg hri guru ni memg x cukup ni nk crita..pa pon kepada semua..walaupun siapa kita..jangan lupa jasa guru sebagaimana kita tak lupa menghargai jasa ibu bapa.. jgn lupa wish SELAMAT HARI GURU ye...yg dok jauh2 even tak dapat bagi hadiah pon at least mesej ucapan hari guru.terima kasih cikgu..k..tu jer..sahur dulu..^^


SMILE........IT'S SUNNAH

pwtc..i'm coming..

assalamualaikum..
kali ni nak crita psal book fair atau pesta buku antarabangsa kl tu..
leen dah pergi 2 kali mggu nih.. first May n last day.. nak kata beli banyak tak la.sbb pegi sana nak cari buku 'SIMFONI CINTA' oleh Hilal Asyraf.akhirnya dapat jugak beli walaupun terpaksa mengharungi pelbgai halangan dan dugaan...haha..**ramai sangat orang,nk pitam jer asa waktu tu** time tu gi masa hari perkerja so memang ramai la kan.. pa pon berbaloi dpt jmpa sndri penulis tu** siap amik gambar lagi** jgn jeles na..kwan leen pegi last day semalam dah hbis buku tu..sian kt dia frust tak dapat..buku tu memg limited sebab tak dijual kat mana2 bookstore.. then..second trip.. leen pegi yang last day..waa ramai sangat2...teman kwan pegi jenguk2 la booth karangkraf tup2..terjumpa Dr.HM Tuah pakar motivasi tu..ape lagi..beli buku beliau "FAHAM-FAHAM SENDIRILAH"..leen suka baca buku2 dia sebab banyak motivasi..then,siap amik gambar lgi.pa pon memg bez n hepy dapat sertai kemeriahan book fair...







smile n smile                    
smile..it's sunnah.. 


SMILE........IT'S SUNNAH

cerialah dalam kerja..^^

assalamualaikum..hollaaa lama  aih tak mengupdate yer.. 

 pejam celik dah nak habis sem 2 dah..final exam pon tak lama dah..ish2.takot aih..esaimen ada lagi yang tak siap nih..*huhuhu*..minggu ni agak "busy' la jugak kan.semua orang busy kan..program hari ni dah habis..hari ni kat uni leen ada program 'run 4 nature' iaitu larian alam sekitar..penyertaan amak menggalakkan dari pelajar2 sendiri dan orang2 luar..leen jadi sekretariat bahagia mewarna..seronok sangat tengok telatah adik2 kecil yang mewarna,ada yang tekun..ada yang terguling2 atas karpet..*penat la tu*..hehe..tapi semua adik2 tu dapat hadiah..waa..pakat hepy ja bila dapat hadiah kan..sambil2 dok tengok mereka mewarna..apalagi keja amik gambar ja la..sebagai kenangan..
walaupun letih..tapi hati rasa puas ..at least dapat juga menyumbang tenaga untuk program tersebut..melihat telatah adik2 comel mewarna pon hilang rasa letih,dan esaimen2 yang masih belum disiapkan..:
# so..kat sini leen sharekan satu kata2 motivasi la yg penah dibaca dalam satu pages di laman sosial..:D

" Tiada kejayaan yang terhasil dengan tiada keseronokan untuk melakukan sesuatu kerja.'' 

Bentuklah keceriaan dan keseronokan dalam apa jua perkara yang kita lakukan, kerna dari situlah akan lahirnya sebuah kejayaan.



smile n smile ye
smile it's sunnah..:)
SMILE........IT'S SUNNAH

macam2 ada..:)

assalamualaikum...

 lama tak update blog ni kan..urm..hari ini baru betul2 ada mood nak coret2 di sini..sementara menunggu masa untuk balik ke kampung..opss..hehe..sekarang cuti mid-sem seminggu..seminggu amat berharga tau..ye la dari awal sem hari itu tak penah balik kampung lagi kan..walaupun 'assignment'banyak yang perlu disiapkan  dan semua perlu dihantar  selepas cuti yang penting boleh balik.**esaimen buat waktu cuti memang tak best** tak per la anggap ini sebagai mengisi masa lapang di rumah nanti.**pujuk hati la konon kan**.cuti mid sem kali ini pun bertindih dengan hari terbuka kolej leen nih.**waa..memang bez2 la aktiviti semua** semalam kak diana amir datang..siap berpuisi lagi..bez2..**malam ni kumpulan jambu maharaja lawak..malam ini dah nak tinggalkan kolej..huhu..ape2 pon harap hari terbuka nih berjalan lancar dan terbaiklah..^_^  **sempat promote lagi kan** 
  okelar..semoga sapa2 yang balik cuti tu selamat sampai ke destinasi dan berhati-hati di jalan raya **bagi yang naik tren mcm leen harap selamat sampai ke destinasi yang betul jangan terlajak sudah** hehe..

# hasbunallah waniqmalwakil (cukup bagi kami Allah sebagai penolong dan Allah adalah sebaik-baik pelindung #

smile n smile
smile it's sunnah..:D

SMILE........IT'S SUNNAH

2 kertas yang berharga..^_^

assalamualaikum.....
 terasa lama tak jenguk2 blog2 nih..hehe...malam ni baru dapat update..
tajuk entry kali ni leen suka sgt..sebab apa...hehe...mestilar tiket nak balik kampung..sabtu hingga ahad nih balik taiping...keluarga leen balik sana jadi ambil kesempatan la nak jumpa mak ngan abah termasuk gak sanak-saudara sebelah abah nanti..paling penting juga dapat jumpa opah yang sangat dirindui...hehe..walaupun 2 hari saja tapi berbaloi...kalau tak ada kuliah hari sabtu itu jumaat confirm leen balik awal dah..hihihi.. tiket satu lagi tu plak..yang tu lagi la tak sabar2 nak balik..tiket tu untuk balik utara pulak..waa..tak sabaqnya..*kluaq utara dah*..-_- 
  balik utara lama sikit*seminggu tu..* blez2...:) 
tapiiii...sebelum boleh balik..kena bertungkus-lumus selesaikan segala esaimen..pastu baru bez bercuti..hehe..
 okelar...no more talk rite now..sambung esaimen dulu yep...:)
  aminkan doa di bawah ini...amin..:D



Ya ALLAH, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku". Ku hanya insan biasa yang berazam untuk menjadi khalifah yang sentiasa tunduk akur pada setiap perintah yang MAHA KUASA. Adakalanya ku juga
tergelincir dari laluan yang lurus, terpedaya dengan godaan dunia, namun ku harap ku sentiasa diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk kembali PADANYA. Sembah Sujudku hanya PADANYA. Rasa kasih dan cintaku PADANYA dan kekasihNYA biarlah DIA sahaja yang tahu. Kuharap rahmat kasihNYA sentiasa bersamaku....


 smile n smile..smile it's sunnah..:)

SMILE........IT'S SUNNAH

semuanya baru...:)

assalamualaikum....welcome March...

 pejam celik dah masuk bulan mac... leen pon lama juga tak update blog..bukan apa..bila masuk semester baru..minggu pertama semua pakat kalut nak add/drop subjek..leen pon sama la.hehe... alhamdulillah semua dah settle..so sekarang nih dok pulun nak siap kan esaimen yang semakin bertambah nih..semakin meningkat semester ni dah rasa 'beban' tu..bukan pa..sem kali ni nak 'more attention' than last sem..dan siapkan segala kerja awal not last minute..hehe..sem baru nih ada juga perubahan yang berlaku..yang tentunya..housemate..roomate..baru..memang sedih juga mula2 tu  tak dapat kekal dengan housemate yang lama bila fikir2 kita ni hidup dekat tempat orang..so kena pandai bergaul walau dengan sapa pon kan..housemate sem ni pon baik2 dan sporting ..lagipon semua sem 2 .. dan 3 orang koz yang sama..jadi..senang nak sesuaikan diri..hehe..
  sem ni juga..leen kena banyak hafal dan ingat kembali formula matematik. masa belajar di sekolah menegah dulu ..hehe..**banyak dah lupa kot**..excel..english..dan keja luar..banyak juga benda baru yang cukup mencabar sem ni yang memerlukan leen dan kawan2 pulun habis2..bukan pa..harap result sem 2 nanti lebih baik dari sem 1 dulu..in sha Allah..doakan ye.. :)
               okelar..sampai di sini dulu la..lau cerita semua hari ini tak bez la kan.hehe..k..semoga Allah sentiasa memberkati kita dalam apa jua yang kita lakukan..in sha Allah.. tapi kita kena lakukan semua tu dengan ikhlas dan ingin mendapat keredhaanya....ha..doa dari mak dan abah jugak penting supaya hidup kita juga diberkati dan bahagia..:D

wassalam..
smile n smile
smile,,it's sunnah..:)
              
SMILE........IT'S SUNNAH

aktiviti baru..

assalamualaikum..

 hari tu kmi da post tentang musim padi kat kampung kmi kan.skang dah tak dak  kehijauan sawah padi tu.la ni semua dah tuai padi..still cantik lgi..hehe..cuma beza la skit kan.haa..bila musim tuai padi ramai orang pakat memancing < kat sini orang panggil mengail >..hehe..dan ada juga yang main wau atau layang-layang..
 depann kampung leen ada sungai..so petang2 ramai la sanak saudra yang pakat balik dok mengail <ajin sungguh > leen tengok ja..oke lar tu kan. kira banyak juga la dapat ikan2 sungai tu.tapi leen tak makan ikan2 nih.hehe..dari dulu memang tak makan..entahla..
 owhh haaa..sebut psai wau tadi..ni pling seronok skali..tambah2 kat sini petang angin kuat sungguh..lambung2 wau pon bez..petang semalam leen tolong sepupu yg baru darjah tiga tu lambungkan wau..waa..bez bila tngok wau tu terbang tinggi..bukan pa lama dah tak main benda2 mcam nih.hehe..kebetulan semalam tak berapa nak ada orang kat umah tok so tak lar segan sangat kan.hehe..:)
 dapat juga hilangkan boring cuti sebulan kat umah nih..< eh2 cuti da 2 minggu lagi nih > .. kat sini je la ye coretan leen.. :D

smile n smile
smile it's sunnah..:)

SMILE........IT'S SUNNAH

mulakan dengan bismillah

assalamualaikum..

hari ini pon leen nak kongsi lagi kata-kata motivasi..hehe..kadang2 nasihat yang simple mcm ni penting bg kita..ye la kan kita ni sering alpa..kadang2 tu kita ada masalah so bila baca2 bnda2 mcm ni so dapat meningkatkan balik keyakinan diri kita untuk hadapi cabaran hidup..sebagai Muslim kita kena ingt Allah adalah tempat kita memohon pertolongan..:)
 
everyday is the new chapter...mulakan dengan bismillah..:)
 
Setiap hari merupakan episod baru dalam hidup. Tidak kiralah anda suka atau duka, yakinlah dengan apa yang ditentukan Allah.

Jika hari ini hidup kita terumbang ambing,masalah duit dan sebagainya,ingat, Man Jadda Wa Jadda, siapa berusaha dia yang dapat.

Tak perlu sedih kalau hari ini usaha tidak membuahkan hasil, kerana Allah menilai usaha kita,bukan resultnya

la tahzan innallaha ma'ana . Jangan sedih, Allah kan ada..:)


keep smiling
smile n smile
it's sunnah ..:D


SMILE........IT'S SUNNAH

motivasi skit..

assalamualaikum...

 kali ni leen juz nak kongsi kata2 motivasi.. sesekali kita kena juga baca kata2 motivasi ni supaya dapat nsihat n mengingatkan kita dalam kehidupan kan..hehe..:D

"Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegur kita..kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan TEGURAN mereka itu..tapi, bukankah LEBIH BAIK jika ada yang menegur daripada tiada siapa peduli akan KESILAPAN yang ada tidak kita sedari? Teguran adakala MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk MENYELAMATKAN kita daripada KESAKITAN yang lebih parah.."

Salinglah MENJAGA dan MENASIHATI antara satu sama yang lain, InsyaAllah...:)



# smile n smile #
smile it's sunnah..
SMILE........IT'S SUNNAH

pejam celik...21 daa

..assalamualaikum..

ha...22 januari baru2 ni bday leen yg ke-21thun..waaa...sudah besarnyer kan.wlaupon tuan empunya blog nih tak lar besar sgt..hihihi..tak dek la wat majlis pa pon juz wat biasa2 jer.mak msak special skit hari itu..ha..pling bez sebelum2 nih bila sambut bday juz beli kek kat kedai je kan..ye la waktu tu tak reti nak wat kek lagi.thun ni kek bday leen wat sendiri even tak secantik dan sesedap kek kat kedai tu...leen wat kek coklat..tu pon habis jugak..rmai puji sedap..<bangga skit>..hehe..x dek la juz sebagai pmbakar semangat supaya leen blajar lebih lagi tuk wat kek2 nih..
 owhhaa..kawan2 pon tak lupa bday leen..kawan2 skola n kawan2 kat universiti..waa..terharu jugak sbab rmai yang ingat..terima kasih semua..sayang semua..:D
   ha..ada kawan dia siap wat entry kat blog dia sempena bday leen lagi..waaa siap letak gambaq leen nan dia lagi..hehe...tima kasih bebanyak tima kasih tuk CIK FYZAH..:)  

 terima kasih semua...mak,abah,adik2,n kawan2 smua...:D 
< tu ja la yg leen nk coret2 kali ni..x mo panjang t jenuh kwan2 nak baca.. >
smile n smile..:) 





 

SMILE........IT'S SUNNAH

hijau...mendamaikan..

assalamualaikum...ni hao ma..:)
     

    semua kawan2 yang dok kat uni pakat blik kampung msing2 dah..samalar kita...waa..leen dok perlis jadik mestilar smua org terbayangkan sawah padi atau pon sini panggil 'bendang'...cuti kali leen blik kat kampung banyak dah orang kampung pakat tuai padi dah..tapi ada jgak yang tak tuai lgi tmasuk la yg tok wan leennyer..so smpat lar amik2 gambaq..leen suka tngok sawah padi time dia dok nak masak dah..cantikk..sejuk ja mata memandang..at least dpat kurangkan ketaq sementara nak tggu result exan kluaq..hehe...:)
   kat bwah ni ada la skit gambaq yg leen smpat amik..:D
 ni sekitar umah..:)

 ni masa waktu pagi2..

 cantikkan pemandangan waktu pagi...tenang ja..

 ni waktu petang..angin kuat.tu tngok pkok klapa tu ..

 haaa..ni la padi..dah masak..cantik..


smile n smile..

SMILE........IT'S SUNNAH

..sepi..

assalamualaikum..ni hao ma..:)

kali ini leen nak kongsi secebis kata-kata motivasi..
leen memang suka baca tentang motivasi..sekurang-kurangnya kita dapat memotivasikan diri..ye la kan.dalam kehidupan seharian kita penuh dengan macam2 masalah dan tekanan..jadi bila leen baca2 benda2 ini sekurang-kurangnya dapat hilangkan sikit masalah atau tekanan..:D

Kadangkala kita perlu menyepi,
untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang......
adakala kita perlu menyepi,untuk mencari ketenangan hati.......
adakala kita perlu menyepi,untuk kebaikan diri sendiri......dan kadangkala sepi itu indah......(^._^)



smile n smile
smile it's sunnah..:)
 

SMILE........IT'S SUNNAH

last day sem 1

assalamualaikum..

            hari last paper exam...waaa lega kan..cewah<result x thu lgi mcm na kan> hee.. bila hbis ja x sabaq dok ingt nk blik umah sok <sabtu> waaa..rindu umah..umah leen nun jauh di utara msia ...PERLIS..rndu nk tngok kehijauan dan kekuningan sawah padi..waa tenang jer hati bila tngok..kat sni x dek sawah padi ..hehe..sem 1 ni byk bg pengalamn pertama sbgai mahasiswa..byk bnda yang dapat..kna pndai hidup berdikari <of coz la kan>pastu bila jauh dr family ..kwan2 lah pling penting ..sakit demam pa semua kan.tpi kdg2 tu biasa la msti ade jgk berlaku skit msalah kan.ye la bukan senang nk sesuaikan diri di tmpat baru kan. tpi yang penting kita pndai la kan sesuaikan diri.
    pling bez bila pegi trun cafe bli mkanan sama2..makan sama2..borak2..mcm2 la..bez sgt2..:) 
persamaan leen nan kwan2 kmi semua memg suka amik gambar bila pegi jalan walaupun area kolej jer.hehe..
 ohh hurmm
         cuti sebulan aja.
.nak keja part-time pon mcam tak bez jer kan..hehe.dok umah je la..lgpon dah bli mcm2 buku n novel untuk baca masa cuti nih.. ha..novel 'tautan hati' oleh fatimah syarha tu,dan 'cinta suci zahrana' oleh habiburahman.haa..oke kan plan leen..at least isi msa dgn aktiviti yg berfaedah < wat makan2 pon bez bila dok umah > hee.. k lar tu jer. 

 t leen ingt nk psot ttg resepi yg pnah leen wat..:D  assalam n nyte.

smile n smile
don't forget to smile..sedekah tu.



SMILE........IT'S SUNNAH