assalamualaikum
ha kali ni leen nak pot pet psai hari guru..^^
ye la kan .ni kan dah masuk 16 mei..tarikh ni penting bg semua guru2..bakal2 cikgu ..**mcm leen*hehe..in sha Allah..lau ade rezki..doa2kan ye..^^
tadi buka fb penuh ngan ucapan hari guru..leen pon apalagi post jugak la.hehe..
tanpa guru..
tiada pelajar berilmu
tidak mengenal angka
tidak mengenal aksara
tidak mengerti apa-apa
betul tu..pengorbanan guru tiada tandingannya..guru umpama ibu bapa kedua.sifat mereka yang prihatin,mengajar tanpa erti jemu dan bersabar dengan karenah para pelajar membuatkan diri ini terharu.. kalau tidak semangat dan dorongan yang diberikan cikgu2 leen tak kan sampai ke tahap ini..saat leen putus asa sebab kegagalan mencapai result yang diinginkan dalam spm..mak ngan abah memberikan semangat..cikgu2 jugak tidak putus2 memberikan kata2 semangat dan motivasi supaya leen bangkit semula..alhamdulillah..berkat doa dan dorongan insan2 penting ini leen msok f6 dan hinggalah ke universiti sekarang..koz leen kat universiti pon ke arah perguruan..sampai sekarang cikgu2 pon sering bertanya khabar dan keadaan leen kat sini..tadi pon cikgu pengajian am iaitu subjek yang leen paling minat masa form 6 ucap selamat hari guru kat leen.terharu rasanya..walaupun ade 6 sem lagi yang perlu dihabiskan apatah lagi gelaran 'cikgu' itu sendiri..yang leen rasakan sukar untuk digapai..bukan ape persaingan yang cukup sengit dalam bidang ini..tapi cikgu leen bagi kata2 semangat..dia yakin leen bule jadi seorang cikgu.yg penting leen kena berusaha dengan pelbagai ilmu supaya nanti apabila mengajar pelajar2 akan seronok untuk belajar dengan kita..in sha Allah..leen akan ingt pesan cikgu tu..^^
seorang cikgu tanggungjawabnya besar..mendidik anak bangsa supaya dapat meminpin negara suatu hari nanti..pengorbanan dan penat lelah insan yang bergelar guru ini amat besar..kejayaan pelajar2 lah memberikan kebahagiaan kepada guru2..alangkah sedihnya dan kecewanya guru2 apabila ada anak2 murid yang tidak mengamalkan ilmu yang diberi untuk menjadi seorang insan yang berjaya..ingatlah..ilmu2 yang diberi itu bukanlah senang untuk kita dapat.so hargailah guru2..keberkatan ilmu diperolehi daripada redha guru..janganlah kita menggoreskan hati guru..eh2..panjang lak leen pot pet ye.lau nk tlis ttg hri guru ni memg x cukup ni nk crita..pa pon kepada semua..walaupun siapa kita..jangan lupa jasa guru sebagaimana kita tak lupa menghargai jasa ibu bapa.. jgn lupa wish SELAMAT HARI GURU ye...yg dok jauh2 even tak dapat bagi hadiah pon at least mesej ucapan hari guru.terima kasih cikgu..k..tu jer..sahur dulu..^^
SMILE........IT'S SUNNAH