ahlan wasahlan ya Ramadhan^^


Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum.. ^^

'Hai orang-orang  yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa ~al-Baqarah 183~

marilah kita semua sama-sama meningkatkan amalan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..kejarlah lailatul Qadar semasa ada kesempatan ini kerana malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan..

haaa..antara aktiviti atau pengisian yang bule kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ni ialah

bersahur < bangun la so tak dek la alasan nanti badan tak larat la kan..hehe >
solat sunat tahajjud < sementara nak tunggu sahur tu solat 2 rakaat ni dlu ^^>
khatam Quran
solat sunat dhuha
solat sunat terawih<wat la 8 ke 20 ke tmbah ngan witir sekali tau>
sedekah < walaupun sikit yg pnting ikhlas dr kita kan..senyum pon sedekah kan..> 
iktikaf
hafaz Quran
baca tentang sirah

sebut psal bersahur ni ramai jugak yang susah atau liat nak bangun kan.. ha ce baca kat bwah nih.

Dari Anas radhiAllahu 'anhu bahawa RasulullahsallAllahu'alaihi wasallam bersabda:
'bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu 'anhu bahawa RasulullahsallAllahu'alaihi wasallam bersabda:
'kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah makan sahur (HR Muslim)

oke tu la yang kami nak kongsi sikit di bulan posa nih..semga kita semua dpt mmepertingkatkan amalan dan mmeperbaiki yang mana ada kelemahan dan paling penting amalan kita ini di berkati oleh Allah SWT. 
 in sha Allah..
selamat berpuasa dan selamat bersahur.. bersederhanalah dalam berbuka dan bersahur..jangan membazir juga.ingatlah orang di luar sana yg belum tentu dapat berbuka dengan makanan seperti kita..bersyukurlah dengan apa yg ada..^^ banyakkkan selawat ya kwan2... fi hifzillah..


SMILE........IT'S SUNNAH