nak berkongsi ayat2 dari page fb Hilal Ashraf ..sangat terkesan dengan kata2 tersebut...
saat berjauhan dengan keluarga demi menimba ilmu..dan mencapai cita-cita bergelar seorang pendidik suatu hari nanti.. in sha Allah.. saat berjauhan itulah kawan2 sebagai orang yang berkongsi suka duka dan masalah dengan aku.
sanggup layan karenah aku yang **garang**.haha... pa pon..terima kasih..
"Kita takkan tahu bila Allah nak uji kita dengan ujian yang dasyat. Yang menggegarkan jiwa kita. Yang membuatkan air mata kita berderai. Yang membuatkan hati kita remuk. Yang membuatkan kita terduduk. Kita takkan tahu.
Tetapi ketahuilah bahawa kita akan diuji. Kerana hidup ini adalah medan ujian. Dan Allah SWT memang akan memberikan ujian untuk kita sedar akan tahap keimanan kita, akan pergantungan kita kepadaNya, akan hubungan kita denganNya.
Maka pada saat kita melihat orang lain ditimpa musibah, diuji dengan bencana, menghadapi pelbagai cabaran dan duga, ringankanlah mulut dan hati kita untuk mendoakan mereka, memberikan ayat ketabahan buat mereka, cuba membantu apa yang boleh. Biar mereka rasa bahawa dunia mereka masih belum berakhir!
Moga-moga dengan tindakan baik kita itu,
Allah akan baik kepada kita pada hari kita pula diberikanNya ujian,
dengan Dia menghantarkan kepada kita manusia-manusia yang berlaku baik kepada kita pada ketika itu.
Muhasabah.
smile n smile
smile it's sunnah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan